~PiOn33Rs Of The FuTUre EdUcaTioN~
This blog has been created as a way of showing all my love towards all the members in our course...   
Saturday, September 26, 2009
~newspapaper report about ANGAH~

Dua terbunuh pulang beraya

Oleh Ramli Ibrahim
bhkb@bharian.com.my

Mangsa dalam perjalanan ke ibu negara maut kereta rempuh pokok

GUA MUSANG: Dua bersaudara yang dalam perjalanan pulang ke ibu negara selepas menyambut Aidilfitri di kampung, maut apabila kereta Perodua Kancil dinaiki mereka merempuh sebatang pokok lalu terbalik di Kilometer 21.3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini, petang semalam.

Kemalangan berlaku hanya beberapa jam selepas polis mengadakan Kempen Keselamatan Jalan Raya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gua Musang, bagi mengingatkan pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati ketika memandu di musim perayaan.

Dalam kejadian jam 3.10 petang itu, pemandu kereta, Hanif Imran Zainuddin, 19, dan saudaranya, Che Wan Norma Che Wan Long, 26, masing-masing dari Kampung Beris Alor Pisang, Kuala Besut, Terengganu, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Aziz Hassan, berkata kedua-dua mangsa sebelum itu dalam perjalanan dari Kuala Besut ke Kuala Lumpur selepas pulang menyambut Aidilfitri bersama keluarga di kampung.

Beliau berkata, kereta dipandu mangsa dikatakan gagal dikawal menyebabkannya memasuki laluan bertentangan.

“Kereta mangsa kemudian dipercayai merempuh sebatang pokok lalu terbalik,” katanya di sini, semalam.

Berikutan itu, Aziz berkata, pemandu tersepit di tempat duduk manakala saudaranya yang duduk di sebelah, tercampak dalam keadaan belumuran darah.

Beliau berkata, sepasukan enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang yang bergegas ke tempat kejadian mengambil masa 15 minit mengeluarkan mayat tersepit dicelah remukan kenderaan itu.

Mayat kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan.

Notes : you may view this article online at http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20090927060229/Article/index_html or read newspaper dated 27 SEPTEMBER 2009 - SUNDAY ~
posted by ~PiOn33Rs Of The FuTUre EdUcaTioN~ @ 9:03 PM  
0 Comments:

Post a Comment

<< Home
 
About Me

Name: ~PiOn33Rs Of The FuTUre EdUcaTioN~
Home: Kuala Lipis, Pahang, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
Sidebar Section

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.

Links

Free Blogger Templates

BLOGGER